Harus ‘garang’ lumatkan fitnah pembangkang



PENDAYUNG sudah di tangan. Tiga keputusan pilihan raya - Sarawak, Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak - tidak sahaja memihak kepada Barisan Nasional (BN), bahkan mencatat kemenangan luar dugaan yang menakjubkan.

Memasuki tarikh 24 Jun hari ini bermakna akan diharungi dua tahun sahaja lagi menjelang pilihan raya umum ke-14.

Tanpa sebarang pilihan raya kecil sepanjang tempoh ini, maka sewajarnya tidak melekakan jentera pilihan raya untuk sentiasa bersiap-siaga.

Sayap-sayap parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama pemudanya harus menggapai matlamat pucuk pimpinan untuk memperoleh kembali mandat rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersama rakan-rakan seperjuangannya dari MCA, Senator Chong Sin Woon, C. Sivarraajh (MIC) serta Tan Keng Liang (Gerakan) harus lebih agresif menggerakkan anak buah masing-masing menggalas cabaran getir ini.

Kalau benar vokal memperjuangkan hak kaum masing-masing, maka BN harus sama dipertahankan demi hak perjuangan menyeluruh rakyat.

Mengapakah pembangkang yang kerap menabur fitnah terhadap kerajaan, tiba-tiba begitu senang sekali memohon maaf di mahkamah seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Padahal dalam dua tiga tahun sebelum maaf `dibacakan’ di mahkamah, kebinasaan imej dan reputasi telah pun berlaku.

Mengapa sebilangan sayap kanan BN ada ketikanya sekadar ‘tutup sebelah mata’ dan memekakkan telinga. Ini selepas Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Nurul Izzah Anwar selamba mengungkapkan seumpama ini: ‘Maaf aku fitnah kau’, kosong-kosong ya’.

Jentera BN jangan keterlaluan meyakini keputusan tiga pilihan raya terbaharu ini atau diperkuatkan lagi angka besar seperti 3.6 juta ahli UMNO dan lebih sejuta ahli MCA, MIC serta Gerakan untuk menang PRU-14.

Jangan lupa, ahli DAP, PKR dan PAN tidak lebih 800,000 orang. Tetapi mereka telah memenangi nisbah undi popular dua musim pilihan raya umum berturut-turut.

Bahana apabila ‘fitnah, putar belit dan tohmahan’ dijadikan gong politik pembangkang, jangan pula membuatkan sayap-sayap komponen khuatir dan takut. Jadi segan dan mula tunduk pula.

Jangan lupa, bila pokok sudah condong, kura-kura pun naik - ular apatah lagi, biawakpun ikut.

Setiap ahli BN harus memikirkan hal ini. Bila kita kuat, orang segan.

Bila kita lembut, orang sudu. Mesti pakai falsafah ‘kendur ber­denting-denting, tegang berjela-jela.’

Ibarat kata bekas pemimpin Indonesia, Sukarno, beri aku 10 pemuda, akan ku goncang dunia.

-Utusan Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget