Tabung Baitulmal Sarawak agih RM66.5 juta sejak tahun lepas


LAWAS: Sebanyak RM44.9 juta diagih Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) kepada penerima bantuan di seluruh negeri melalui pelbagai program bantuan sepanjang tahun lepas.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata manakala sejumlah RM21.6 juta diagihkan untuk program yang sama setakat 17 Jun 2016.

“Sementara itu TBS turut mengagih sejumlah RM63,000 kepada 63 masjid dan surau di daerah Lawas,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada pengerusi/imam/bilal masjid dan surau daerah Lawas di sini kelmarin

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Pegawai Daerah Lawas Husaini Hakim, Pengerusi Masjid Besar Darul Ma’mur Lawas Othman Adol, Ketua Wanita PBB Bukit Sari merangkap Timbalan Pengerusi PERKIM Lawas Kaunselor Aisyah Bahar dan jemputan lain.

Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan itu berkata TBS juga mempunyai pelbagai jenis bantuan lain di bawah tiga program utamanya iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Membangunkan Institusi Islam.

Sementara itu Awang Tengah berkata bulan Ramadan tidak harus dijadikan alasan untuk umat Islam malas berusaha.

Menurutnya umat Islam harus menggandakan segala usaha mereka sepanjang bulan yang mulia ini dengan lebih ikhlas kerana Allah.

“Ketabahan mereka mengawal hawa nafsu sepanjang bulan Ramadan juga perlu menjadi titik tolak untuk diteruskan bagi menjadi insan mampu membentengkan diri daripada perbuatan berlawanan dengan ajaran agama Islam,” katanya.

Beliau berkata sikap berpuak-puak dan perbalahan dalam kalangan masyarakat harus dielak kerana ini akan hanya merobohkan struktur masyarakat.

Pada masa yang sama, beliau menasihati semua pemegang amanah di surau dan masjid terus amanah dalam membelanjakan setiap peruntukan daripada kerajaan demi masyarakat dan rumah ibadat di kawasan mereka.

“Beberapa bulan lalu saya menyerahkan peruntukan untuk semua surau dan masjid serta rumah ibadat lain yang perlu diurus dengan amanah demi kepentingan masyarakat setempat,” ujarnya.

Pada majlis itu turut diadakan penyampaian sumbangan daripada PERKIM Cawangan Lawas kepada warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya dewasa oleh Pengerusi PERKIM Cawangan Lawas Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget