Kerajaan negeri komited bina rumah mampu milik


KUCHING: Kerajaan negeri akan terus melaksanakan penghasilan kawasan kediaman mampu dimiliki penduduk di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata pembinaan perumahan tidak hanya tertumpu kepada rumah mampu milik malah ditambah baik dengan skim perumahan sederhana.

“Kita akan menghasilkan perumahan mampu milik, kini menerusi fasa baharu kita mempunyai jenama tersendiri dengan menghasilkan Rumah Mampu Milik Spektra dan Rumah Spektra Medium,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Daya Builders Sdn Bhd dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), kelmarin.

Beliau juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi berkata kerajaan negeri tidak hanya bergantung kepada skim perumahan disediakan kerajaan persekutuan.

Malah tampil dengan jenama sendiri mampu memenuhi kehendak dan keselesaan pembeli, kata Abang Johari beberapa pembangunan perumahan turut dibina di kawasan Sungai Tengah, Matang dikenali sebagai Banjaran Serapi.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mendedahkan kementeriannya akan menaik taraf kemudahan kawasan perumahan baharu termasuk di Sibu dan Miri.

Sementara itu, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM15,500 untuk diagih kepada 31 surau dan masjid di bawah Skim HDC di seluruh Sarawak serta RM5,000 kepada KDJA.

Hadir sama, Menteri Muda Perumahan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Komunikasi), Dr Abdul Rahman Junaidi merangkap Pengerusi DBSB.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget