Tun Taib tokoh politik yang mempunyai kerjaya cemerlang


KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah digambarkan sebagai seorang tokoh politik yang mempunyai kerjaya cemerlang yang sukar diperolehi oleh mana-mana individu untuk tempoh 50 tahun membantu meningkatkan kehidupan rakyat.

Ini adalah pandangan yang disuarakan oleh Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang semasa menerima kunjungan hormat Pengarang dan Penulis Biografi Ketua Negeri, Siva Kumar G di pejabat Wisma Bernama di Kuala Lumpur semalam.

Siva turut memberi salinan eksklusif yang ditandatangani oleh tokoh pemimpin tersebut yang bertajuk ‘TAIB – THE VISIONARY’ yang dihasilkan olehnya selama tiga tahun yang telah dilancarkan secara rasmi pada Januari tahun lepas oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Tidak seperti kebanyakan ahli politik lain, Azman berkata, Taib telah mempunyai kerjaya yang cemerlang selama 33 tahun sebagai Ketua Menteri dan kini menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh.

Maklumat teliti diselitkan serta digambarkan dengan penerangan dalam buku yang dihasilkan oleh Siva yang juga merupakan seorang wartawan berpengalaman.

Pada masa yang sama, Siva memberitahu bahawa buku itu kini sedang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia dan akan dilancarkan tidak lama lagi dengan dua bab tambahan.

Ia termasuk lampiran yang dikemas kini serta analisis Pilihan Raya Negeri Ke-11 baru-baru ini yang dipetik beliau semasa berbual dengan Taib yang mencerminkan aspirasi beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget