Tiong ikrar menyeimbangkan kesinambungan pembangunan


SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King berikrar menyeimbangkan kesinambungan pembangunan di konstituensinya.

Katanya, ini sebagai tanda penghargaannya kepada pengundi yang memberi mandat kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Dalam masa lima tahun ini, saya berusaha dan terus bekerja untuk rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

“Saya menggunakan tempoh lima tahun ini dengan sebaik mungkin untuk melaksanakan pembangunan di DUN Dudong,” katanya pada Majlis Ngiling Bidai di Rumah Mengga Lingan, Hulu Sungai Salim di sini, petang semalam.

Hadir sama Setiausaha Politiknya Tiong Sie Kiong, Pengerusi Unit Bumiputera Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dudong Bansa Sandah, Tuai Rumah Mengga serta tetamu lain.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) itu turut memberitahu bahawa beliau menunaikan janjinya sebelum ini kepada rakyat.

“Apa yang saya janjikan akan saya laksanakan. Manakala kepada yang memohon akan dipertimbangkan serta diluluskan.

“Semua rakyat DUN Dudong layak mendapat pembangunan kerana Barisan Nasional (BN) meraih majoriti undi yang banyak pada Pilihan Raya Negeri lalu,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa Rumah Mengga adalah rumah panjang pertama dikunjungi selepas PRN.

Ini kerana, beliau semasa Hari Gawai Dayak lalu bercuti di luar negara.

Tiong dalam kunjungannya itu turut mengumumkan bahawa semua atap penduduk Rumah Mengga akan diganti melalui projek yang akan disalurkannya nanti.

Di samping itu, beliau turut memberi sumbangan sejumlah RM2,000 kepada tabung JKKK Rumah Mengga dan setiap pintu rumah panjang tersebut yang mempunyai 35 pintu menerima RM100 melalui sumbangannya.

“Ini kerana anda semua adalah penyokong dan pengundi BN dan saya pada PRN lalu. Maka saya amat menghargai sokongan padu anda semua dan hari ini saya membalasnya,” kata beliau.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget