PEDAS tuntut keadilan ke atas kematian Bill Kayong


SIBU: Laungan berbunyi ‘You Touch One Dayak, You Touch One Borneo’ yang membawa maksud ‘Awak sentuh seorang Dayak bermakna awak sentuh seluruh Borneo’ jelas menunjukkan semangat berkobar-kobar peserta perhimpunan aman bagi menuntut bela dan keadilan pembunuhan kejam Bill Kayong atau nama Islamnya, Mohd Hasbie Abdullah.

Perhimpunan anjuran Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) berlangsung selama setengah jam disertai 100 orang yang berkumpul di Pintu Gerbang Sibu sehingga jam 9.30 pagi semalam.

“Perhimpunan hari ini merupakan satu detik permulaan dan ia akan diterus sehingga keadilan ditegakkan bukan sahaja untuk Bill tetapi seluruh pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR),” kata Ketua PEDAS Cawangan Sibu, Mathew Mudai kepada pemberita di sini.

Katanya, perhimpunan hari ini juga menggesa pihak bertanggungjawab menjalankan penyiasatan adil dan menyeluruh sehingga tertangkapnya dalang di belakang pembunuhan Bill.

“Kita mahu keadilan dijalankan segera tidak mengira apa saja pilihan asalkan keadilan ditegak. Kita mahu siasatan kes ini fokus dalam mencari pembunuh dan membawanya ke muka pengadilan,” tegas Mathew.

Beliau juga mengesa pihak bertanggungjawab agar tidak melengahkan siasatan kerana ini membuktikan mereka menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan masyarakat akan menilai intergriti penyiasatan ini jika ia tidak diselesai segera.

“Kita bimbang mereka tampil membantu memperjuang hak tanah adat Bumiputera akan luntur jika kes ini dilenggahkan,” kata Mathew.

Beliau menggambarkan Bill sebagai seorang peramah dan saling membantu mereka yang memerlukan khidmatnya dalam mempertahankan isu tanah (NCR) dan sebagainya.

Mathew yang mengenali Bill sejak empat tahun berkata dia telah meluangkan masa selama dua hari dengan arwah pada minggu lepas sebelum pemergiannya.

“Kita tidak akan berhenti ‘berjuang’ di sini sahaja dan kami akan mengadakan perhimpunan yang sama di Miri Julai depan,” tambahnya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget