Wakil rakyat perlu selalu lawat kawasan


KUCHING: Setiap wakil rakyat harus turun padang bagi menyelami keperluan dan melihat nasib rakyat kawasan masing-masing dari semasa ke semasa.

Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, sikap turun padang hanya pada musim pilihan raya dan menghilang diri selepas itu tidak harus wujud kerana pemimpin mempunyai tanggungjawab perlu ditunai kepada rakyat.

“Walaupun pilihan raya negeri telah berlalu, kita sebagai pemimpin perlu terus turun padang bagi mengenal pasti masalah membelenggu penduduk dan mencari jalan untuk menyelesaikannya,” katanya.

Dr Sim juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa turut berikrar akan menyelesaikan masalah-masalah di konstituensi itu.

Menurutnya, beliau akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memastikan isu berkenaan diselesai pada masa terdekat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program menyampaikan bubur pedas vegeterian di Masjid Darul Ibadah di Bata Kawa, di sini, semalam.

Program dibiayai Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PKPJ) menyaksikan 400 pek bubur pedas diagih kepada penduduk Batu Kawa dan Batu Kitang bagi memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan.

Pengerusi PKPJ Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang berkata, ia memberi peluang kepada orang ramai daripada pelbagai latar belakang menikmati juadah berkenaan dan istimewanya, ia diubah suai dalam penyediaannya bagi disesuai kepada pengamal sayur-sayuran bukan beragama Islam.

“Secara simboliknya, penyediaan bubur pedas vegeterian ini adalah cara menunjukkan sikap toleransi masyarakat Melayu dalam membolehkan masyarakat majmuk, sanggup mengubah resipi tradisional bagi membolehkan ia dimakan semua kaum yang ingin mencuba keunikan rasanya,” katanya.

Persatuan itu katanya, berusaha membawa perubahan positif kepada komuniti yang memerlukan bantuan bukan sekadar pada tempoh tertentu tetapi dijadikan rutin dipraktikan sepanjang tahun.

“Sebagai sebuah badan kebajikan bertanggungjawab, PKPJ sentiasa prihatin dengan nasib serta kesusahan golongan miskin.

“Kami sedar setiap sumbangan diterima daripada warga korporat atau individu-individu dermawan juga terdapat bahagian semua kaum-kaum di negeri ini,” katanya.

-Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget