Tiada hakim anak Sarawak di Mahkamah Persekutuan


KUCHING: Peguam berpengalaman Tan Kee Heng menyuarakan kebimbangan berhubung ketiadaan hakim kalangan anak Sarawak dalam Mahkamah Persekutuan ketika ini.

Katanya, lebih daripada 50 tahun selepas Malaysia ditubuhkan, banyak kes-kes berkaitan bidang-bidang penting undang-undang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dan Mahkmah Rayuan tanpa sebarang hakim dari Malaysia Timur.

“Terdapat banyak undang-undang di Sarawak begitu juga Sabah adalah berbeza dengan undang-undang di Malaysia Barat terutama Undang-Undang Tanah.

“Tetapi, banyak kes tanah termasuk kes-kes Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tanpa sebarang hakim dari Malaysia Timur.

“Impak keputusan Mahkamah Persekutuan biasanya dipanjangkan di luar pihak yang terlibat dalam kes di mana kadang-kadang keputusan itu boleh menjejaskan sebahagian besar masyarakat atau kehidupan rakyat yang tinggal dalam negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran Buku Rayuan Sivil dan Jenayah di Malaysia hasil karyanya untuk edisi ketiga di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Buku tersebut dilancarkan oleh Ketua Hakim Sabah Sarawak, Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum dan turut dihadiri oleh Editor Urusan Books and Major Works, Thomson Reuters/Sweet and Maxwell Asia, Kevin Ooi.

Mengulas mengenai buku tersebut, Richard berkata ia amat penting bagi pengamal undang-undang di negara ini sebagai rujukan berguna kepada mereka dalam mengendalikan kes-kes berkaitan.

Sehubungan itu beliau menggalakkan pengamal undang-undang di negara ini untuk mendapatkan naskhah buku ini sama ada dalam bentuk cetakan atau media digital yang boleh dibaca menerusi desktop, laptop mahupun iPad.

“Saya tertanya-tanya bagaimana Tan boleh mempunyai masa untuk menghasilkan buku ini dalam kesibukan beliau sebagai seorang peguam bela.

“Saya berharap lebih ramai dari kalangan peguam di negara ini terutama Sabah dan Sarawak akan menghasilkan buku-buku berkaitan undang-undang di negara ini sebagai rujukan dalam mengendalikan kes-kes penting,” katanya.

Dalam pada itu, buku dilancarkan semalam dijual pada harga RM450 senaskhah dan dibahagikan kepada sembilan bahagian utama dengan tujuh bab mengenai Rayuan Sivil dan empat bab mengenai Rayuan Jenayah dengan lebih daripada 1,700 nota kaki dalam 11 bab.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget