Dr Jerip Susil akan buat keputusan selepas terima refendum rakyat Mambong


KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong Datuk Dr Jerip Susil berkata beliau hanya akan membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) selepas menerima refendum sebulat suara majoriti rakyat di kawasan itu.

Beliau tambahnya tidak memilih mana-mana parti komponen BN, asalkan diberi mandat untuk bertugas membantu semua lapisan masyarakat dan parti komponen yang lain demi menjaga kestabilan kawasan Mambong.

“Selepas PRN kita lupakan isu pertelingkahan, dendam, pahit dan menyakiti hati sesama kita tetapi mesti bekerjasama supaya semua kawasan Mambong tidak ketinggalan dalam pembangunan di peringkat persatuan, kampung, masyarakat dan kerajaan.

“Jangan memikirkan orang itu memiliki kuasa mutlak kerana kuasa itu datangnya daripada mereka di akar umbi dan ia membantu orang yang diatas.

“Jika Mambong didekatkan dengan parti komponen yang kuat dan stabil maka itulah yang akan membantu.

“Malam ini kita akan menerima referendum daripada penghulu, ketua masyarakat dan rakyat dan saya akan bersetuju dan rendah hati menerima keputusan sebulat suara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Petugas PRN Ke-11 DUN Mambong malam kelmarin (Sabtu).

Sementara itu, Pemangku Ketua Cawangan PBB Mambong yang mewakili Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Seri Dr James Dawos Mamit semalam memberitahu bahawa PBB kawasan Mambong telah menulis surat kepada setiausaha agung PBB untuk menerima Dr Jerip sebagai ADUN PBB bagi kawasan tersebut.

Surat tersebut antara lain mengandungi sokongan daripada segenap PBB agar kawasan DUN Mambong turut diperuntukkan kepada PBB dan pada PRN 2021 kerusi Mambong juga akan diperuntukkan kepada ADUN daripada PBB.

Kata beliau, sekiranya Dr Jerip diterima menjadi ADUN PBB ia akan menyatupadukan rakyat di kawasan Mambong untuk mengurangkan pergeseran ketika menjalankan tugas di peringkat akar umbi bagi pembangunan.

Ia adalah penting untuk kawasan ini mengurangkan pergeseran akar umbi.

“Untuk PBB ia akan menjadi lebih seimbang dengan yang bukan Islam dan Islam dan sebab itu kita menyokong beliau menyertai PBB.

“Sejurus ini beliau akan menjadi pengerusi PBB Mambong dan menjadi team Adenan Satem dan mempunyai kuasa yang lebih dan selesa sewaktu menjalankan tugas.

“Politik dan ekonomi Mambong secara amnya apabila Dr Jerip telah diterima menjadi ADUN PBB pada masa depan akan menjadi lebih cerah,” tegasnya.

Pada masa yang sama, beliau yang juga bekas pengarah operasi Pilihan Raya PRN11 ADUN Mambong Sora Rusah menyampaikan penghargaan kepada komponen parti BN seperti PBB, UPP, SPDP, PBDS BARU, PRS, TERAS, SUPP dan persatuan-persatuan Braang, Biperoh yang telah banyak membantu dalam kemenangan BN di kawasan Mambong.

Pilihan raya tersebut ujarnya, adalah agak mencabar tetapi kerjasama erat antara banyak pihak yang memberikan BN kejayaan untuk Dr Jerip memperolehi undian sebanyak 3,333.

Turut hadir Penghulu Bidayuh Penrissen Richard Deho dan Temenggung Bidayuh Austin Dimin.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget