Fadillah Yusof sangkal dakwaan kegiatan jenayah semakin berleluasa di Kuching


KUCHING: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menyangkal dakwaan disebar dalam media sosial berhubung kegiatan jenayah semakin berleluasa di bandar ini.

Bercakap pada sidang media semalam, Fadillah berkata dakwaan tersebut tidak tepat sama sekali dan sengaja dibangkit pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Fadillah, polis mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani kegiatan jenayah di bandar ini agar selamat kepada masyarakat setempat dan pengunjung.

“Kita mengadakan perbincangan bersama polis , RELA, Jabatan Perpaduan dan ketua masyarakat hari ini untuk melihat bagaimana dapat kita pertingkat lagi keselamatan di bandar ini.

“Kita sedar bahawa pihak polis mempunyai kekangan dari segi keanggotaan dan peralatan. Kita berharap sokongan daripada pihak RELA dan ketua masyarakat akan dapat membantu dalam hal ini,” ujarnya.

Perjumpaan singkat itu semalam turut disertai Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, Menteri Muda (Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan ADUN Tupong, Fazrudin Abdul Rahman.

Fadillah turut memohon kepada masyarakat supaya tidak menyebar maklumat palsu dalam laman sosial kerana ia boleh menimbul kebimbangan orang ramai khususnya pengunjung luar.

Sementara itu, Ahmad berkata kadar jenayah di bandar ini menurun kepada 757 kes sepanjang tempoh Januari hingga 24 Jun 2016 berbanding 892 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015.

Penurunan sebanyak 135 kes ini bertentangan dengan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab bahawa kes jenayah di bandar ini semakin berleluasa pada masa ini.

Ahmad bagaimanapun tidak menolak bahawa kes kecurian motosikal dan kenderaan menunjukkan sedikit peningkatan ketika ini yang mana kini sedang dibawah perhatian rapi pihak polis.

“Kita telah meningkatkan rondaan dan sekatan jalan raya di sekitar bandar raya ini terutama lokasi berisiko bagi menangani masalah kecurian kenderaan termasuk juga pecah rumah.

“Kita juga sedang berusaha untuk menjejak kumpulan suspek terlibat dalam kegiatan jenayah ini dan akan pastikan mereka dibawa ke muka pengadilan,” tegasnya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Maaf YBs... Kajian bukan hanya kedak ya wahai YB... Laporan kes menurun sbb Balai Polis jauh... Ada 2 Balai jak... tambah gik cerita sempadan PDRM Balai Polis Gita sik cover area Matang (Balai Batu Bawah) walaupun sebelah... Apa lagik belah Damai area Samariang Aman ke atas ya cover by Balai Satubung yg hanya ada kurang 10 anggota... Kita maok Balai dirik area Samariang bok boleh nangga laporan polis nait sik... Jarak Balai yg jauh adalah isunya n jauh mok g molah report... ngarap RELA, siapa nak bayar elaun sidak??? Ingat free kah???

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget