SUPP bentuk jawatankuasa khas tuntut autonomi Sarawak


KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan membentuk Jawatankuasa Kerja Penurunan Kuasa dan Autonomi Sarawak untuk membincangkan dan membuat kajian lanjut mengenai perkara berkenaan secara mendalam.

Presidennya Datuk Dr Sim Kui Hian berkata ia bagi membantu mengukuhkan rundingan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dengan kerajaan persekutuan mengenai perkara itu.

“SUPP akan memberi sokongan penuh mengenai autonomi dan penurunan kuasa kepada Sarawak.

“Kami hanya mahu mengembalikan hak kita sebagai rakyat Sarawak dan itu sangat penting,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Menurut Dr Sim, jawatankuasa tersebut dijangka diketuai Naib Presiden SUPP Datuk Lee Kim Shin dengan dibantu pakar-pakar dalam jabatan sumber dan penyelidikan SUPP.

“Kami akan menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada agar mendapat maklumat serta penyelidikan yang tepat supaya dapat membantu menyokong Ketua Menteri memperjuangkan hak kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata SUPP juga telah menjalankan jerayawara dan ceramah umum mengenai penurunan kuasa dan autonomi Sarawak sejak beberapa bulan lalu di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Pada masa sama, katanya SUPP turut menjemput penulis buku ‘The Queen’s Obligation’ Zainal Ajamain untuk memberikan ceramah mengenai perkara itu.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget