Menteri disaran perbaiki infrastruktur Internet Malaysia, bukannya tulis blog

Lim Kit Siang mahu Menteri Komunikasi dan Mutimedia berhenti 'bermain propaganda' kepada Perdana Menteri dan mula memberi tumpuan kepada infrastruktur internet Malaysia. 
KUALA LUMPUR - Lim Kit Siang mahu Menteri Komunikasi dan Mutimedia berhenti ‘bermain propaganda’ kepada Perdana Menteri dan mula memberi tumpuan kepada infrastruktur internet Malaysia.

Menurut tokoh DAP itu, Datuk Seri Salleh Said Keruak hanya berminat menulis blog dalam menentang musuh Datuk Seri Najib Razak, terutamanya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, daripada memperbaiki kelajuan internet yang lemah berbanding negara-negara jiran yang lain.

Lim berkata sudah empat hari berlalu sejak pelancaran Suku Kedua 2015, Negeri Internet (SOTI), yang dilaporkan oleh Akamal Technologies Inc, peneraju global perkhidmatan kandungan penghantaran rangkaian (CDN).

“Seseorang seperti Salleh yang berupaya merangka tindakan, pengumuman, kenyataan atau blog untuk menjadikan Malaysia di barisan hadapan sebagai negara berteknologi tinggi, seperti yang dijangka dua dekad yang lalu dengan pelancaran Multimedia Koridor Raya (MSC) yang diumumkan ketika itu seperti ‘hadiah buat dunia’, tetapi Salleh dilihat seperti tidak prihatin terhadap infrastruktur internet yang lemah.

“Dalam tempoh tiga hari lalu, Salleh telah menulis sekurang-kurangnya empat buah blog, mempertahankan Najib dan menyerang khususnya Dr Mahathir, sepatutnya sebagai seorang menteri, beliau perlu merangka pelan mengikut kepakarannya di dalam bidang IT supaya dapat memberi tindak balas kepada laporan Suku Kedua Akamai 2015 (SOTI) dan menaik taraf insfrastruktur Internet Malaysia selepas mendapat statistik yang lemah berbanding negara jiran lain,” kata Lim dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu merujuk kepada prestasi buruk Malaysia dalam purata kelajuan Internet di mana negara Malaysia berada di kedudukan ke-70 dengan purata kelajuan 5.0 Mbps, di belakang Singapura dengan 12.7Mbps.

Singapura juga mencatatkan puncak global tertinggi dengan kelajuan 108.3 Mbps, diikuti oleh Hong Kong (94.8Mbps), Korea Selatan (83.3 Mbps), Jepun (75.1 Mbps) dan Taiwan (74.5 Mbps).

Dalam kategori ini, Malaysia menduduki tangga ke 57 di seluruh dunia, mencatatkan puncak kelajuan sebanyak 36.5 Mbps, berada di belakang Thailand yang menduduki tempat ke-20 dengan kelajuan puncak 51.5 Mbps.

Lim berkata, bekas Ketua Menteri Sabah harus memandang serius tentang angka-angka ini, yang menunjukkan Malaysia ‘dalam keadaan suram’ dan boleh menyebabkan kesan kepada potensi pertumbuhan ekonomi negara.

“Jika Salleh merupakan pilihan terbaik Najib daripada ketua propaganda untuk memperjuangkan propaganda beliau untuk terus hidup dalam ujian dan cabaran, Najib patut melantik Salleh sebagai ketua propaganda.

“Tetapi Malaysia memerlukan calon yang sesuai untuk menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, yang mempunyai kefahaman dan semangat untuk menjadikan Malaysia sebagai kuasa berteknologi maklumat dan memanfaatkan kuasa teknologi maklumat bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju sepenuhnya.”

- The Rakyat Post

Post a Comment

This, I have to agree! But then he is 'tengah syok sendiri' thinking others including members of UMNO were reading and happy with his antics and stupid comments.
Orang lain pun ada akal juga dan sebahagiannya dah berjuang dengan UMNO/BN +50 tahun.

Sekalang Lu Sokong Tun M.... Dulu Tun M sumbat Lim Kit Sial.. dalam Tahanan ISA.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget