Ketua Pemuda DAPSY, Teo Kok Seong berkata, desakan itu kerana Kementerian Kesihatan dan Ketua Panel Pakar Perubatan, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai gagal mengambil berat mengenai ‘Hipocratic Oath’ dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik.
“(Mereka) tidak memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi kepada pesakit.
“Anwar kini diasak dengan pengurusan rawatan kesihatan yang teruk serta mengalami penyusutan berat badan, tekanan darah tidak menentu, gastrik, artritis dan otot bahu terkoyak,” katanya.
Dia berkata demikian sebelum menyerahkan Memorandum Hak Perubatan Rawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wakil Menteri Kesihatan pada Rabu.
Ahli Parlimen Rasah itu berkata, doktor panel yang merawat Anwar turut melengahkan-lengahkan rawatan.
Katanya, Anwar juga sewajarnya diberikan pilihan untuk memilih pakar-pakar untuk memeriksanya yang melibatkan pembedahan mikro atau penggantian bahu.
Katanya, Anwar wajar diberi rawatan di luar negara kerana Penjara Sungai Buloh kekurangan fasiliti dan kemudahan rawatan perubatan.-Free Malaysia Today
Post a Comment