PAS bertegas tidak akan sertai Pakatan Harapan

Jelasnya, PAS juga akan menumpukan usaha ke arah pemerkasaan parti dan melebarkan sokongan terhadap perjuangan PAS di seluruh negara.
KOTA BHARU : PAS menghormati hak mana-mana pihak untuk merangka agenda politik sendiri, namun parti Islam itu tidak akan terlibat dengan Pakatan Harapan, sebagaimana yang dinyatakannya sebelum ini.

Namun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, parti itu akan mengekalkan kerjasama politik dengan PKR.

Jelasnya, PAS juga akan menumpukan usaha ke arah pemerkasaan parti dan melebarkan sokongan terhadap perjuangan PAS di seluruh negara.

Dalam perkembangan sama, Takiyuddin berkata, selaras resolusi Kongres Rakyat yang didokong 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik, PAS komited menentang ketidakadilan dan salah guna kuasa yang dilakukan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Katanya, PAS juga sedang merangka pelan tindakan bagi merealisasikan tema Kongres Rakyat, iaitu “Membina Malaysia Sejahtera”.

Kira-kira 5,000 orang menyertai Kongres Rakyat yang diadakan di Dewan Jubli Perak, di Shah Alam, 12 September lalu.

Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara, ditubuhkan secara rasminya hari ini.

- The Rakyat Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget