PAS Sarawak tampil Mekanisma dan Instrumen baru hadapi PRN

Penyerahan cenderahati kepada Ketua Rumah Panjang pada lawatan ke rumah panjang
BANDAR KUCHING: PAS Negeri Sarawak akan tampil dengan mekanisma dan instrumen baharu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada bila-bila masa, demikian menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Sarawak, Zharudin Narudin.
Katanya, PAS Sarawak komited dalam melaksanakan pendekatan-pendekatan digariskan hingga memperoleh kejayaan, sekaligus mencapai objektif untuk menjadi pembangkang yang kuat dan mewakili kepentingan rakyat dengan membawa suara PAS ke Dun Sarawak.
“Kami telah melawat ke Dun-dun yang PAS bertanding bagi meninjau maklum balas terbaru dan permasalahan setempat disamping berprogram bersama masyarakat. Jadi kami telah menyusun mekanisma dan instrumen untuk mendepani lawan pada PRN dengan pendekatan setempat yang lebih berkesan.
“PAS yakin rakyat Sarawak telah mula menerima dan mahu bersama PAS. Belengu ketakutan yang selama ini dicipta golongan ‘oppurtunis’ telah ditepis melalui program penerangan berterus kepada rakyat,” ujarnya kepada Harakah, 15 September baru-baru ini.
Jelas beliau, keterbukaan rakyat Sarawak kepada PAS semakin ketara termasuk dari kalangan bukan Islam, selain sambutan hangat di rumah-rumah panjang, sekaligus kesempatan tersebut telah memberi peluang untuk menerangkan agenda sebenar PAS kepada rakyat.
 
Bersama masyarakat di salah sebuah rumah panjang yang dilawati
Menurut Zharudin, pihaknya telah menyusun tindakan susulan di semua Dun terlibat untuk membawa permasalahan rakyat ke perhatian Jabatan atau Menteri berkaitan, selain pendedahan kepada media.
Terangnya, disamping isu himpitan kos sara hidup dan harga barang naik yang menjadi rungutan ramai, masyarakat setempat juga meluahkan kekecewaan terhadap kekurangan kemudahan asas dan infrastruktur setempat, selain projek kerajaan lambat disiapkan.
Malah katanya, lebih dikesalkan ialah isu Tanah Adat Bumiputera (NCR) melibatkan masyarakat Iban yang dilihat seakan tidak dihala kepada penyelesaian muktamad. 
“Gerakan rakyat ini akan diketuai oleh PAS Sarawak sendiri bagi mendapat penyelesaian dari pihak terbabit. Permasalahan setempat banyak melibatkan agihan pembangunan yang tidak sekata.
“Sebagai contoh, kawasan Iban di bahagian pedalaman tidak mendapat hak pembangunan sewajarnya yang seiring dengan kaum di kawasan sekitar seperti di Belawai. Bekalan air bersih yang rendah tekanan alirannya di Beting Maro.
 
Mendengar sendiri keluhan penduduk terhadap bebanan kos sara hidup yang meningkat 
“Infra sosial untuk masyarakat kampung di Tanjung Datu dan masalah pemilikan NCR di keseluruhan Dun-dun tersebut,” ujarnya membentang masalah-masalah tersebut.
Katanya, melalui projek kecil di bawah program “Untuk-Mu Sarawak” sedikit sebanyak telah membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dan program tersebut kekal berterusan sehingga kini.
Tambahnya lagi, sebagai mengukuhkan sokongan kepada PAS khususnya dari kalangan masyarakat bukan Islam, semua Dun terlibat telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
PAS dijangka bertanding di Dun Tanjung Datu, Muara Tuang, Samariang, Pantai Damai, Beting Maro, Belawai, Jepak dan Lambir.
 
Menyerahkan sumbangan tangki air tadahan di Beting Maro 
 Bersama kumpulan seni silat yang sedang membuat persiapan pertandingan di Pantai Damai
-PAS.ORG.MY

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget