TPM mahu semua pihak ketepikan kepentingan politik dalam isu keselamatan negara

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan agar perbezaan ideologi dan politik harus diketepikan membabitkan isu keselamatan negara. 
Berucap merasmikan penutup Persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) di Kuala Lumpur, Zahid berkata, pihaknya mendapati terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menyemarakkan api perkauman melalui media sosial. 

"Ketepikan perbezaan pegangan politik antara kita, harus juga pinggirkan kepentingan peribadi dan kelompok sempit di kalangan kita, kita tahu isu keselamatan dipolitikkan. 

"Saya pernah di Mindef (Kementerian Pertahanan), dan sekarang di KDN (Kementerian Dalam Negeri), saya melihat dengan dekat, usaha dilakukan pihak tertentu terutamanya di media sosial yang cuba menyemarakkan perkauman," katanya. 

"Siapa main api akan bakar diri sendiri."

Beliau turut mengulangi, pengguna media sosial perlu mencontohi etika diamalkan media arus perdana. 

"Pengguna media sosial perlu ikut etika media arus perdana, tapi tunggu tindakan bila pemain sosial media, apatah lagi apabila ada kalangan portal atas talian yang main api. 

"Kerana kita tidak mengizinkan sebarang perbuatan merosakkan keharmonian dan kestabilan negara," katanya. 

Zahid, yang juga ahli Parlimen Bagan Datoh itu berkata, Putrajaya serius dalam menangani isu tersebut melalui agensi kerajaan dan pihak berkuasa keselamatan. 

"Maka saya ingin menyeru, tindakan yang akan dilakukan KDN, PDRM dan ATM adalah tindakan yang akan dapat dirasai semua rakyat, kita serius dalam menangani isu ini," katanya. 

Selain itu, beliau turut berkata, dalam usaha mengekang aktiviti ekstremisme, ketenteraan, dan radikalisme, seramai 131 individu kini berada dalam tahanan pihak berkuasa kerana terlibat dalam kegiatan itu. 

"Hari ini ada 131 orang yang sedang ditahan, bukan sekadar disiasat, diambil kenyataan kerana terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kegiatan ekstremisme, ketenteraan, dan radikalisme. 

"Mereka ini kalau tidak diletakkan dalam tempat terasing, dalam mahu mewujudkan kestabilan, saya amat khuatir negara kita akan diporak-perandakan kumpulan berkenan," katanya. 

Agama Islam juga katanya tidak menyeru kepada kekejaman dalam perjuangan. 

"Ada rakyat Malaysia bawa keluarga ke Syria atas nama memperjuangkan negara Islam. 

"Islam tidak ajar lakukan pembunuhan, kekejaman, dan keluar daripada norma pentadbiran dan pembentukan kerajaan madani, dan bertamadun," katanya.

- The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget