Bersatu hati pastikan BN menang besar: Entri


LAPOK: Penduduk di Marudi diminta bersatu hati dan memberi kepercayaan serta sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan BN menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entri Muran berkata kerjasama padu semua parti komponen BN agar mandat kepimpinan terus diberi kepada BN menerajui negeri ini di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Kita harus bekerjasama menentang parti lawan khasnya dari Semenanjung Malaysia demi kemenangan BN daripada kita berselisih faham atau mempertikai tentang kedudukan saya atau TERAS sama ada dalam BN atau tidak,” katanya pada Program ‘Outreach’ Bergerak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan pemeriksaan kesihatan dan pergigian di SK Tinjar, Lapok semalam.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) itu berkata, sebagai wakil rakyat beliau menitikberatkan keperluan rakyat dan tidak pilih kasih dalam mengagihkan projek pembangunan untuk rakyat di Marudi.

Katanya rakyat Sarawak dan Marudi khasnya bakal menerima pelbagai perubahan di bawah kepimpinan Adenan yang antaranya menubuhkan daerah Beluru dan daerah kecil Lapok yang memberi manfaat kepada penduduk Miri dari segi pentadbiran dan ekonomi.

“Ketua Menteri melulus-kan geran RM77.4 juta untuk menaik taraf Jalan Marudi dan RM3.8 juta untuk laluan masuk Pengelayan dari Rumah Muna di Kejaman.

“Ini menunjukkan pe-mimpin BN lebih tahu kehendak rakyat berbanding parti lawan yang menolak geran RM500 juta untuk keperluan luar bandar,” jelasnya.

DUN Marudi khasnya di Tinjar dan Teruking mendapat peruntukan tambahan berjumlah RM22 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bermula tahun depan untuk memperluas projek sumber bekalan air ke rumah panjang termasuk pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Tinjar di Lapok dijangka siap tahun depan.

Untuk program bekalan elektrik luar bandar, sejumlah RM81.42 juta diperuntukkan kepada Marudi bermula 2009 hingga 2017.

“Bagaimanapun, jumlah ini tidak mencukupi dan lebih ba-nyak lagi dana diperlukan untuk memastikan semua kawasan Marudi menerima bekalan elektrik dan air,” katanya.

Mengulas tentang program itu, Entri berkata selain me-ngukuhkan semangat muhibah juga membantu meningkatkan pemahaman penduduk tentang peranan ATM secara lebih dekat.

Hadir sama Pegawai Pe-merintah Briged Kesembilan Brigedier Jeneral Abdul Rahim Shebli, Pegawai Daerah Beluru Mataip Sayu, Pemanca Enggah Muga, ketua masyarakat serta lebih 600 penduduk.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget