Adenan ulangi Kristian boleh guna ‘Allah’

Beliau akan berjuang untuk kepentingan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama

KUCHING: Umat Kristian di Sarawak pasti lega dengan jaminan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sekali lagi berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’ dan kitab Injil.

“Saya telah mengumumkan bahawa umat Kristian di Sarawak boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ asalkan digunakan dengan penuh rasa hormat dan sanjungan.

“Dan izinkan saya sekali lagi memberitahu rakan-rakan Kristian kita di Sarawak bahawa tidak ada kitab Injil akan dirampas daripada anda dan tidak ada halangan penggunaan kitab Injil di kalangan umat Kristian di Sarawak,” katanya.

Menerusi perutusan sempena Hari Krismas, beliau berkata sebagai Ketua Menteri kepada semua warga Sarawak, beliau akan berjuang untuk kepentingan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama.

“Ini bukan retorik, sepertimana yang anda maklum kerajaan negeri juga telah membantu keluarga mendiang Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang (Wong Ho Leng) dengan bantuan kewangan ketika diperlukan.

“Kerajaan negeri juga telah menyediakan peruntukan jutaan ringgit bagi membina gereja dan kuil sepanjang 20 bulan yang lepas,” katanya.

Kehidupan harmoni yang dinikmati warga Sarawak sejak dahulu lagi akan diteruskan, katanya sambil menegaskan bahawa ia bukan datang begitu sahaja, melainkan memerlukan setiap penduduknya kekal bersederhana dan dapat menerima perbezaan antara satu sama lain.

Sambil menggalakkan masyarakat bukan Kristian berkunjung ke rumah terbuka Krismas, beliau berkata perayaan itu pada tahun ini amat bermakna kerana sehari sebelum sambutannya, umat Islam meraikan Maulidur Rasul.

“Kedua-dua sambutan keagamaan itu memberi erti amat besar kepada umat Islam dan penganut agama Kristian kerana ia melambangkan kita mampu hidup dengan semangat saling hormat menghormati dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya,” jelasnya.

Mengenai pembangunan luar bandar yang amat dekat di hatinya, Adenan berkata kerajaan negeri akan membelanjakan hampir RM600 juta pada tahun depan bagi membina lebih banyak jalan dan jambatan bagi meningkatkan jaringan di luar bandar.

Kerajaan negeri juga telah membelanjakan RM500 juta pada tahun ini dan RM500 juta sebagai tambahan di bawah program transformasi seperti diumumkan menerusi Bajet Negeri 2016 baru-baru ini. Ia bertujuan menambah baik kualiti kehidupan penduduk di luar bandar.

Mengenai pembangunan ekonomi negeri, beliau berkata beliau yakin dan percaya Sarawak berada di landasan yang betul dengan pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

Program SCORE akan memperhebatkan pembangunan industri negeri sementara Lebuh Raya Pan Borneo akan membuka lebih banyak kawasan pembangunan di sepanjang jajarannya.

Bukan sekadar menyediakan sistem pengangkutan darat lebih cekap, tetapi ia juga berupaya menjadi pemangkin baharu terhadap pembangunan negeri ini.

“Saya amat berharap dengan adanya lebuh raya ini nanti, lebih banyak kawasan dibuka untuk pembangunan terutama untuk menghasilkan produk pertanian dan makanan untuk tujuan eksport,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Dulu masa kau masih menteri biasa... Bukan engkau ka yang iban bodoh sebab nak pertahankan hak adat tanah NCR... Kenapa skrng kau nak minta 5thn lagi.. Kalau kau betul2 nak bela nasid rakyat.. Kenapa byk tanah ncr kena rampas kroni BN dan berapa byk rmh panjang masuk makamah demi tanah adat bangsa dayak.. Kalau KM betul bjiwa rakyat kenapa myusahkan rakyat!!!!

Dulu masa kau masih menteri biasa... Bukan engkau ka yang iban bodoh sebab nak pertahankan hak adat tanah NCR... Kenapa skrng kau nak minta 5thn lagi.. Kalau kau betul2 nak bela nasid rakyat.. Kenapa byk tanah ncr kena rampas kroni BN dan berapa byk rmh panjang masuk makamah demi tanah adat bangsa dayak.. Kalau KM betul bjiwa rakyat kenapa myusahkan rakyat!!!!

Surat Al Ikhlas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾
Qul huwa allaahu ahad(un), allaahu alshshamad(u), lam yalid walam yuulad(u), walam yakullahu kufuwan ahad(un).


Translate:
1). Say : He is Allah , the One!
2). Allah , the eternally Besought of all!
3). He begetteth not nor was begotten
4). And there is none comparable unto Him



Artinya:
1). Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2). "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3). "Ia tidak beranak dan Ia pula tidak diperanakkan
4). "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget