Tarik GST dan beri rebat kad prabayar, kerajaan ambil hati rakyat


KUALA LUMPUR 29 DIS: KEADILAN menolak penyelesaian terbaru kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kad prabayar.


Pengarah Strategi, Sim Tze Tzin berkata, pemberian rebat hanya sepanjang tempoh setahun cara kerajaan dan syarikat telco untuk meredakan kemarahan rakyat.

“Penyelesaian ini hanya adalah satu penyelesaian yang sementara sahaja. Kami percaya ini adalah satu ‘compromise’ antara Kerajaan dan telco yang cuba menenangkan kemarahan rakyat terhadap janji kerajaan yang tidak ditepati.

“Selepas setahun, apabila rakyat sudah lali dengan GST, rebat tersebut akan ditarik balik dan GST 6 peratus akan kembali ke atas kad pra-bayar telco,” kata Sim dalam kenyataan.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru itu, kad prabayar merangkumi 60 peratus daripada jumlah pendapatan syarikat telco dan melalui GST, keuntungan yang dikaut setinggi RM850 juta setahun.

“Keuntungan ini terlalu besar untuk dilepaskan oleh syarikat telco,” ujar beliau.

9 bulan berlalu, tapi masih gagal 

Sim berkata, kerajaan masih gagal mencari penyelesaian jitu berkaitan isu GST kad prabayar walaupun selepas 9 bulan.

“Isu GST kad pra bayar telah dibangkitkan sejak 1 April 2015, tetapi masih gagal untuk mencari penyelesaian yang tetap. Ini cukup memalukan.

“Mengikut aduan yang diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Konsumer dan Koperasi (KPDNKK), 44% adalah berkenaan dengan Telco Top Up,” jelas Sim.

Katanya, pengumuman penyelesaian sementara ini dibuat oleh satu NGO dan ini menunjukkan kerajaan tidak berani menghadapi masalah yang cukup serius ini.

“Adakah tidak ada menteri yang berani mengumumkan penyelesaian ini kepada rakyat? Adakah mereka takut rakyat marah ke atas mereka kerana ini adalah satu penyelesaian sementara?” soal Sim.

Tegas beliau, penyelesaian mengikut kaedah kerajaan ini tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah, pesara dan golongan muda yang percaya kepada janji kerajaan.

“KEADILAN telah mencadangkan formula meletakkan kadar sifar terhadap kad prabayar sekaligus menyelesaikan masalah dan membantu golongan berpendapatan rendah. Tetapi kerajaan menolak cadangan tersebut kerana kerajaan perlukan duit GST,” jelas Sim lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 menyebut, perkhidmatan kad telefon prabayar akan dikecualikan daripada dikenakan GST mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.

Pengguna akan mendapat rebat bersama amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka.-Keadilan Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget