SPDP yakin menangi semua lapan kerusi


Selain penyandang sedia ada, SPDP miliki calon berkelayakan dan berpotensi menang

PAKAN: Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yakin akan memenangi semua lapan kerusi miliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Keyakinan itu dilahirkan oleh Setiausaha Agung SPDP Anthony Nogeh Gumbek yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Katanya selain penyandang sedia ada, SPDP mempunyai calon berkelayakan dan berpotensi menang sekali gus memastikan kerusi tersebut kekal milik SPDP serta Barisan Nasional (BN).

“SPDP bersedia secara keseluruhannya termasuk di peringkat akar umbi. Saya berharap rakyat di kawasan DUN Pakan dapat memberi sokongan padu kepada calon SPDP pada PRN nanti,” katanya pada satu majlis di Rumah Ungon, Nanga Darau, Pakan kelmarin.

Ahli Parlimen Mas Gading itu berkata SPDP juga yakin memenangi dua lagi kerusi DUN baharu sekiranya diberi peluang bertanding.

Menurutnya, ketika ini SPDP berusaha keras melobi kerusi DUN baharu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya tahun lalu.

Diminta mengulas calon SPDP direstu pucuk pimpinan parti untuk bertanding di DUN Pakan, Nogeh berkata ia masih belum diputuskan.

“Seperti kita sedia maklum, SPDP di Pakan mempunyai dua nama calon berpotensi boleh menang iaitu Tedong Gunda dan Dr Jawie Jingut.

“Penyenaraian dua nama tersebut turut dipersetujui oleh SPDP Pusat,” ujar-nya sambil menambah, ini merupakan perkara biasa dalam menyenaraikan lebih daripada satu nama.

Justeru, beliau berharap kedua-dua calon terbabit dapat bekerjasama demi kepentingan parti dan BN.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget