PRN Sarawak: PAS berpeluang jika tidak dihalang


PETALING JAYA : Parti berteraskan agama Islam seperti PAS berpeluang untuk memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sekiranya usaha parti itu tidak dihalang pihak tertentu.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Sarawak Jofri Jaraiee mengakui partinya mengalami kesukaran untuk bertapak maju di Sarawak, namun mengandaikan ia berpunca dari prasangka yang tersebar dalam kalangan pengundi terhadap parti Islam itu.

“PAS boleh menang kalau pihak tertentu tidak menghalang usaha PAS mengenalkan Islam yang sebenarnya kepada penduduk di Sarawak tanpa ada persepsi buruk kononnya PAS adalah parti bersifat ekstremis,” tegasnya, menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, sekiranya PAS diberi kebebasan untuk menyampaikan mesej Islam bawaannya kepada seluruh rakyat Sarawak, pihaknya yakin lama kelamaan rakyat Sarawak dapat menerima parti itu dengan baik.

“Mungkin dengan adanya pandangan negatif terhadap Pas ini dapat memberi lebih semangat untuk ahli dan penyokong Pas membuktikan yang usaha selama ini pasti berjaya suatu hari nanti. Inshaallah,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan yang dibuat oleh pensyarah kanan pengajian komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Jeniri Amir bahawa imej dan reputasi Pas yang dilihat bersifat ekstrem oleh penduduk Sarawak akan menjadi halangan utama parti itu memenangi kerusi pada PRN Sarawak tahun hadapan.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget