116 beg sekolah dan wang tunai RM5,000 untuk pelajar cemerlang UPSR : PAS Samariang


KUCHING: Seramai 116 orang pelajar kurang kemampuan menerima bantuan beg sekolah baharu beserta alatulis dari PAS Samariang. 

Pada masa yang sama, 51 orang pelajar cemerlang UPSR 2015 juga menerima insentif sebanyak RM100 setiap seorang sebagai suntikan semangat kepada pelajar berkenaan.

"Program ini diadakan khas untuk membantu mengurangkan beban ibubapa terutama yang mempunyai pendapatan rendah," kata Mohamad Shokri, Ketua Penerangan PAS Sarawak.

Beliau menambah, PAS bersedia untuk membantu sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, agama serta ideologi politik.

"Walaupun tidak menang dalam pilihanraya yang lepas, kami tetap meneruskan program berbentuk kebajikan membantu penduduk sekitar DUN Samariang," tegas bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak itu.

"Kami mengambil berat tentang isu kebajikan yang membabitkan penduduk setempat sebagai meneruskan tuntutan dalam agama Islam".-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget