PBB mahu semua kerusi Bidayuh dimenangi BN


KUCHING: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan berusaha sedaya upaya memastikan kesemua lapan kerusi majoriti Bidayuh termasuk dua kerusi baharu di Bukit Semuja dan Serembu dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Ketua Pemuda PBB Stanley Sila berkata ini amat penting bagi memastikan masyarakat Bidayuh terus diwakili dalam kerajaan BN.

Beliau juga bersetuju dengan kenyataan ADUN Tarat merangkap Ketua PBB Tarat dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Roland Sagah Wee Inn bahawa dua kerusi tambahan Bidayuh adalah bonus bagi masyarakat itu kerana ia dapat meningkatkan ahli Bidayuh dalam DUN.

“Dengan penambahan wakil rakyat Bidayuh, ini akan memberi suara yang lebih lantang kepada kepimpinan Bidayuh sekarang seperti menteri dan menteri muda kita untuk membangkitkan perkara berhubung keperluan dan kepentingan kita.

“Bagi mencapai ini, masyarakat Bidayuh perlu memberi sokongan sepenuhnya kepada BN bagi meningkatkan taraf hidup, ekonomi dan kerjaya dalam sebarang bidang,” katanya semalam.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, ketika merasmikan majlis di Serian pada 22 Disember lalu berkata dua kerusi DUN baharu – Serembu dan Bukit Semuja di kawasan majoriti Bidayuh akan memberi suara yang lebih lantang kepada masyarakat itu.

Serembu dan Bukit Semuja akan menambah jumlah kerusi dalam kawasan majoriti Bidayuh kepada lapan daripada enam sekarang iaitu Tarat, Tasik Biru, Opar, Kedup, Bengoh (sekarang dinamakan sebagai Mambong) dan Tebedu.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget