DAP Dibidas Kerana Pertahan Israel


DAP terus dibidas kerana menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menafikan visa bagi dua peserta luncur angin dari Israel.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, kenapa DAP mempertahankan Israel sedangkan dalam masa sama parti itu menyokong usaha kerajaan menentang keganasan ISIS.

“Kalau DAP boleh mengiktiraf dan menyokong usaha kerajaan menentang keganasan ISIS kenapa pula sibuk nak pertahankan Israel?

“Kalau kita tidak mengiktiraf mana-mana pihak yang mewakili ISIS apa beza dengan wakil dari penaja keganasan seperti Israel.

“Cuba DAP Perak tanya pada diri sendiri, adakah Israel mengiktiraf atlet dari Palestin?,” katanya.

Khairul Azwan atau dikenali Azwan Bro berkata, kerajaan Malaysia tidak iktiraf mana-mana organisasi keganasan sama ada ISIS ataupun Israel.

“Pendapat peribadi saya satu-satunya negara yang wujud di antara Semenanjung Sinai dan Banjaran Golan ialah Palestin, tak tahulah kalau DAP nak marah pada saya pulak,” katanya.

Sebuah portal melaporkan DAP Perak menyelar Khairy kerana menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi yang bermula hari ini (Ahad).

Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin dilaporkan berkata, Khairy menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.- FMT
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget