Hujan lebat di Kuching dan Samarahan menyebabkan banjir


KUCHING: Hujan lebat yang melanda bahagian Kuching dan Samarahan sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air dan memaksa beberapa keluarga berpindah ke pusat pemindahan.
Sumber Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata setakat jam 2 petang tadi, dua pusat pemindahan telah dibuka. Masing-masing satu di Asajaya dan Kuching.
Pusat pemindahan Dewan Kampung Jaie, Asajaya, menempatkan enam keluarga setakat jam 11 pagi.
Manakala di Kuching, enam keluarga dari Kampung Sungai Nada dipindahkan ke pusat pemindahan SMK Tabuan Jaya pada jam 2 petang.
Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat pula memberitahu seramai 17 orang penduduk Kampung Selipar Putus, Tabuan berpindah ke pusat pemindahan SMK Seri Setia pada tengah hari tadi.
Kawasan lain yang dinaiki air di Kuching termasuklah Kampung Nada, Kampung Tabuan Dayak, Kampung Bako Indah, Kampung Bako Hijrah, Kampung Beradek, Taman Desa Wira dan lain-lain.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata pemantauan dilakukan pihaknya dari masa ke semasa.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dijadual mengadakan sidang media berhubung situasi banjir di sini pada petang ini. -Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget