TMJ ingatkan Melayu tentang asal usul


PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mengingatkan orang Melayu agar sentiasa beringat tentang asal usul dan pendidikan mereka sejak kecil.

Baginda bertitah, orang Melayu tidak sepatutnya mudah terpengaruh dengan elemen luar dan mengikut fahaman ekstrim.

“Saya tidak faham apa yang anda takut sangat hendak menghormati antara satu sama lain? Kebencian tidak menjadikan anda seorang muslim.

“Pertimbangan yang baik, saling hormat menghormati dan kasih sayang menjadikan anda seorang insan dan muslim yang baik. Kualiti kehidupan anda bergantung kepada kualiti pemikiran anda, jadi pilihlah dengan baik,” titah baginda menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

TMJ bertitah, sebagai seorang Muslim, apa yang penting adalah keimanan dan keikhlasan hati seseorang dan menjadikan al-Quran sebagai panduan.

“Janganlah kita cuba jadi lebih pandai daripada al-Quran,” titah baginda.

Dalam pada itu, TMJ meminta agar masyarakat berbilang bangsa di negara ini sentiasa menghormati kepercayaan kaum lain.

“Saya mempunyai rakan-rakan berbangsa Melayu, Cina dan India. Pada perayaan Tahun Baru Cina saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada mereka yang beragama Hindu.

“Kepada yang beragama Kristian pula saya ucapkan Selamat Hari Krismas. Ianya tidaklah menjadikan saya seorang Islam yang tidak baik, ianya menunjukkan budi bahasa kita.

“Pada Hari Raya Aidilfitri, mereka daripada kaum dan kepercayaan lain mengucapkan kepada kita Selamat Hari Raya. Jika mereka boleh menghormati kepercayaan saya, apa sebab saya tidak boleh menghormati mereka?,” titah baginda.

- Free Malaysia Today
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget