Tiada kompromi dengan BN dan Israel


PETALING JAYA: Rakyat Malaysia diseru supaya tidak berkompromi dengan pemerintah BN dan Israel, lebih-lebih lagi apabila pemerintah BN dan rejim Tel Aviv pernah berkompromi atas dasar profesionalisma kesukanan.

Kompromi itu menyaksikan pemenjaraan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub, serta dua lagi ahli PAS Minghat Mamut dan Jalaluddin Abd Manan pada November 2000 kerana berhimpun di hadapan pintu masuk Universiti Malaya (UM) pada April 1997 sebagai membantah kehadiran pasukan kriket Israel yang menyertai Piala Majlis Kriket Antarabangsa.

“Kekejaman Isreal bukan persoalan sukan atau kebajikan tetapi persoalan kemanusiaan dan keadilan sejagat. Ianya bukan perkara baru tetapi sudah diperakui dunia akan kekejaman rejim zionis Israel.

“Sikap double standard Kerajaan UMNO-BN dalam berurusan dengan Israel juga amat dikesali apabila dimaklumi terdapatnya hubungan dagang Malaysia Israel sejak 1996 walaupun dipertegaskan tiadanya hubungan diplomatik di antara Malaysia Israel,” tegas Mahfuz.

Beliau melahirkan rasa terkejut diatas kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhe Min yang disifatkan sebagai dangkal, dan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang disifatkan sebagai tidak matang.

Bagi Mahfuz, alasan kompromi profesional juga merupakan alasan yang diberikan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Itulah jua alasan Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir kononnya berharap dengan membenarkan Pasukan Kriket Israel datang ke Malaysia maka mereka akan insaf apabila melihat keharmonian Malaysia dan akan mendesak kerajaan Israel supaya menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin,” kata beliau.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget