SIBU: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pelawan Mohd Junaidi Sambang menyokong kenyataan dikeluarkan Ketua Pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung senario politik masa kini.
Menurut Junaidi, masalah nasional tidak ada kaitan langsung dengan kepimpinan serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.
“Kenyataan tulus dan benar ini perlu mendapat soko-ngan semua rakyat Sarawak,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Adenan Satem katanya, telah mengotakan apa yang dikatakannya, berbeza dengan pembangkang yang hanya pandai berkata-kata sahaja.
“Kita sangat yakin rakyat Sarawak semakin matang dalam politik serta pandai menilai dan menghargai apa yang telah diperjuangkan oleh pemimpin untuk kesejahtera-an rakyat.
“Hanya sebahagian kecil sahaja yang tidak pandai menilai dan semua perkara hendak dipolitikkan demi kepentingan politik yang telah ketandusan isu.
“Kita pasti dan yakin kemenangan besar pada pilihan raya akan datang menyebelahi Barisan Nasional (BN). Perubahan sekelip mata telah dilaksanakan oleh Ketua Menteri hanya semata mata untuk kesejahteraan rakyat.
Fadillah dalam kenyataannya memberitahu, setiap rakyat Sarawak sudah menye-dari pilihan raya akan datang hanya melibatkan Sarawak serta tiada kena-mengena dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya ini hanya melibatkan kepimpinan Adenan yang telah membuat perubahan nyata dan mengagumkan di negeri ini dalam tempoh singkat iaitu dua tahun sejak menerajui pucuk pimpinan negeri ini.-Utusan Borneo

Post a Comment