'Rani Kulup mahu PDRM siasat Nurul Izzah'


KUCHING: Presiden MJMM, Datuk Paduka Ayahanda Abdul Rani Kulup mahu pihak Polis menjalankan siasatan dengan kadar segera terhadap perjumpaan Nurul Izzah  dan Jacel Kiram baru-baru ini.

Semasa membuat laporan Polis di IPD Kuching petang tadi, Rani menyatakan Nurul Izzah telah mengadakan perjumpaan dengan Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III yang dipercayai sebagai dalang tragedi pencerobohan serta pembunuhan di Lahad Datu.‎
‎‎"Tindakan Nurul seolah-olah mengiktiraf serta merestui peristiwa pembunuhan 7 anggota Polis yang dilakukan oleh kesultanan Sulu," tegas beliau.

"Ini menunjukkan beliau (Nurul) sememangnya sengaja menjalinkan kerjasama dengan pemberontak Sulu, secara tidak lansung mengiktiraf mereka," tambah Rani.

Rani yang juga merupakan wakil Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) turut mendesak agar Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan PDRM mengambil tindakan tegas ke atas YB Nurul Izzah dan apa-apa unsur berkaitan kerjasama dengan pengganas Sulu.

Sebagai pemegang rekod 'laporan Polis terbanyak', Rani menyatakan bahawa beliau akan membuat satu sidang media khas pada malam ini di Lorong Cahaya DAMAI 9B, Bandar Baru Samariang tepat jam 8.30 malam ini.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu tahu apa tujuan perjumpaan Nurul dan Jacel Kiram". - SarawakLIVE‎

Post a Comment

Orang gila pakaian pun gila.Siasat Nurul jumpa Jacel tapi siasat juga Najib jumpa Kiram. Bodoh punya orang. Bapak jahat tidak bermakna anak jahat, begitu juga bapak baik saperti Tun Razak tapi anaknya Dato Najib perompak besar.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget