Nurul Izzah, Tian Chua diharam masuk ke Sabah


PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, diharamkan masuk ke Sabah.

Keputusan itu dibuat selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan usul khas di bawah Peraturan Tetap 31(3).

Seramai 47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong usul khas berkenaan dalam pungutan suara yang dilakukan sebaik perbahasannya berakhir.

Tiga lagi ADUN berkecuali, iaitu Datuk Wilfred Bumburing (BEBAS-Tamparuli) Dr Edwin Bosi (DAP-Kepayan) dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor)

Usul berkenaan dicadang Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang meminta pihak berkuasa kerajaan menyekat kemasukan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah.

Raymond turut mengusulkan siasatan dilakukan ke atas dua pemimpin PKR itu terhadap tindakan mengatur dan mengadakan perjumpaan dengan waris Kesultanan Sulu, Jacel Kiram, baru-baru ini.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget