PAS Pusat beri 6 tarikh pilihan kepada Husam


KUALA LUMPUR: Dewan Harian PAS Pusat hari ini memutuskan enam tarikh untuk dipilih Datuk Husam Musa bagi memberi penjelasan mengenai kenyataannya terhadap parti dan presiden.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, lima tarikh baru itu iaitu 30 November, 1, 2, 3, 4 dan 5 Disember 2015 diputuskan memandangkan Husam masih berada di China dan sedang menjalani rawatan. 

"Hari ini kita panggil Husam untuk jelaskan kenyataannya, jadi dia tidak dapat hadir. Pihak PAS Pusat bagi kepada dia beberapa tarikh untuk dia pilih dan berjumpa dengan PAS," katanya kepadaHarakahdaily.

Katanya, PAS kemukakan tarikh-tarikh tersebut untuk keselesaan Husam memandangkan masalah kesihatan yang dialami oleh Adun Salor ketika ini.

"Kita tunggu surat daripada Husam untuk dia nyatakan tarikh mana yang dia pilih," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Sebelum ini, Takiyuddin memberitahu pada 17 November lalu, pihaknya telah mengutuskan surat kepada Husam tetapi tidak mendapat respons kerana beliau berada di China.

Pada 21 November beliau sekali lagi hantar surat dan email serta mesej WhatsApp kepada Husam untuk beliau memilih tarikh perjumpaan itu.

Husam yang juga bekas Naib Presiden PAS sebelum ini memberitahu sedia bertemu dengan Dewan Harian PAS Pusat bagi menjelaskan teguran yang dibuatnya.

Bagaimanapun, beliau memohon agar pertemuan itu ditangguhkan memandangkan kini berada di China bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

Beliau dilaporkan mengikut jadual asal akan pulang ke tanah air kelmarin, namun atas nasihat doktor rawatan tersebut akan dilanjutkan beberapa hari lagi.

- Harakah Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget