Tindakan Violet bina tempat parkir langgar undang-undang


KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan menempelak tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong yang membina tempat letak kenderaan (parkir) untuk penduduk di Lorong Chong Kiun Kong 6, Kenyalang Park di sini.

Tegas beliau, projek dilaksana Violet itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah ia turut memberi risiko keselamatan kepada penduduk sekitarnya.

“Beliau menceroboh tanah kerajaan negeri dan sebagai YB, Violet patut tahu mengenai undang-undang.

“Lebih membimbangkan, pembinaan tempat letak kereta itu sangat tidak selamat. Ia boleh menyebabkan banjir kilat dan kemalangan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat MBKS di sini, semalam.

Turut hadir Pemangku Jurutera Bandar MBKS Vincent Ang, Temenggung Lu Kim Yong, kaunselor-kaunselor MBKS serta beberapa ketua masyarakat.

Menurut Chan, keputusan MBKS menolak permohonan Violet agar pihak majlis membina tempat letak kenderaan di tapak terbabit adalah bukan atas dasar politik tetapi disebabkan faktor keselamatan.

Jelas beliau, jika tempat letak kenderaan tersebut dibina maka ia boleh menjejaskan keharmonian penduduk di situ kerana merebut ruang kenderaan masing-masing selain memberi risiko banjir kilat dan kemalangan.

“MBKS sememangnya menyokong usaha beliau itu tetapi ia tidak boleh dilaksana begitu sahaja.

“Ini kerana kami juga perlu mengambil kira kepentingan penduduk secara keseluruhannya,” katanya.

Justeru, Chan berkata MBKS menyerah perkara itu kepada kerajaan negeri termasuk Jabatan Tanah dan Survei untuk tindakan lanjut.

Violet kelmarin dilaporkan mendedahkan pelaksanaan projek pembinaan tempat letak kenderaan di Lorong Chong Kiun Kong 6, Kenyalang Park yang dibiayainya sendiri dan ia kini sudah mencapai tahap 95 peratus siap.

Setiausaha penganjur Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu bertindak demikian setelah permohonannya kepada MBKS agar membina kemudahan tersebut sejak 2006 tidak mendapat perhatian.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget