Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sebanyak empat buah pasar tani baharu dan 10 buah Agro Bazar Rakyat 1Malaysia akan dibuka di Sarawak pada tahun depan.
“Saya suka memberi perhargaan kepada kerajaan negeri Sarawak kerana saya melihat agro bazar yang berhampiran dengan bandar Kuching sebagai satu agro bazar yang amat baik sekaligus memberi banyak faedah kepada penduduk tempatan,” katanya
“Kalau boleh kita (kerajaan) akan wujudkan lebih banyak lagi agro bazaar 1Malaysia di tempat lain, saya yakin bukan sahaja rakyat mendapat keuntungan tetapi para peladang, perternak dan nelayan juga akan mendapat saluran untuk menjual hasil produk mereka,”
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2015 di perkarangan Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini sebentar tadi.
Peruntukkan sebanyak 5.3 billion khusus untuk sektor pertanian di bawah Bajet 2016, kerajaan akan menambah 50 lagi pasar tani di seluruh negara serta 150 Agro Bazar Rakyat 1Malaysia akan dilaksanakan tahun depan seiring dengan inisiatif kerajaan untuk menurunkan harga barangan. - Sarawakiana
Post a Comment