Jangan politikkan dasar BI untuk agenda peribadi


KUCHING: Kelemahan penguasaan bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan rakyat negara ini disebabkan amalan politik melampau sehingga meng-ubah dasar pendidikan demi mencapai agenda politik tersendiri.

Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berkata, keadaan itu menjadi parah sehingga pembuat dasar sendiri tidak tahu bagaimana hendak memulakannya semula.

“BI dikecam kerana sesetengah individu mahu menunjuk-menunjuk supaya agenda politik mendapat sokongan.

“Situasi ini amat buruk sehingga kita sendiri tidak tahu bagaimana mahu memulakan kegunaan dan penguasaan bahasa dalam kalangan rakyat,” katanya ketika ditemui bual The Borneo Post.

Pada masa sama, Mawan turut memetik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim antara ahli politik mempunyai agenda sendiri mengecam penggunaan BI di negara ini sehingga akhirnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

Disebabkan faktor itu, katanya terdapat segelintir individu mahu mengikut jejak Anwar kerana mahu dilihat sebagai ‘hero’ memperjuangkan Bahasa Malaysia (BM).

“Jangan kita mengecam BI secara membuta kerana mahu dilihat sebagai hero. Iktiraf sahaja penggunaan BI dan buatlah ia sebagai bahasa kedua negara,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Pakan yang juga Ahli Parlimen Saratok itu.

Mawan memberitahu penggunaan BI dalam hidupan seharian di kalangan rakyat Malaysia tidak akan meminggirkan penggunaan BM di negara ini.

“BI adalah bahasa untuk kita mencapai ekonomi, pengetahuan dan pembangunan yang seimbang manakala BM adalah identiti, kesatuan dan semangat patrotik kita untuk negara.

“BM merupakan bahasa lambang kesatuan dan perpaduan menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini dan ia sebati dalam darah kita,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget