1MDB-Edra, urusniaga rugi ke untung?


Kerajaan dan media kerajaan dilihat giat membuat kenyataan dan laporan menggambarkan tindakan 1MDB menjual Edra Global Energy Berhad (Edra) kepada syarikat asing, China General Nuclear Power Corporation (CGN Group) sebagai satu kejayaan.

Apakah ini satu kejayaan? Bagaimana kejayaan ini diukur?

Apakah 1MDB untung daripada transaksi ini? Mengikut maklumat yang diberikan 1MDB kepada awam pada 3 Jun 2015, 1MDB telah melabur hampir RM12 bilion untuk membeli aset-aset penjana kuasa (RM8.5 bilion Powertek, RM2.3 bilion untuk KLPP, RM1.2 bilion untuk Jimah), dan ini tidak ditambah lagi dengan RM6 bilion hutang lapuk. Dan penjualan kepada CGN pada RM9.83 bilion. 

Bukankah perbezaan RM2.17 bilion itu satu kerugian?

Jika ya, mengapa penjualan ini diraikan sebagai kejayaan? Ia boleh disebut sebagai kejayaan jika 1MDB dapat mengurangkan hutangnya menggunakan keuntungan yang dijana sendiri. 

Ia juga boleh disebut sebagai kejayaan jika 1MDB mendapat untung daripada penjualan tersebut. Ini tidak. 1MDB mengurangkan hutangnya dengan menjual aset pada kadar merugikan.

Ini seolah-olah sama seperti tindakan seseorang menjual rumahnya dalam di bawah harga pasaran untuk melangsaikan hutang yang lain.

Soalan seterusnya, apakah aset-aset lain yang bakal dijual 1MDB untuk membayar hutangnya selain tanah-tanah yang diperolehinya dengan murah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi?

1MDB berhutang untuk apa sebenarnya? Apakah 1MDB ada membayar cukai? Apakah 1MDB sudah membuat untung? Siapa yang mendapat untung daripada 1MDB?

Apa yang diperolehi negara selama ini melalui 1MDB selain terpaksa menanggung hutangnya? 1MDB ini urusniaga untuk apa sebenarnya selain membuat hutang, dan membayar hutang dengan penjualan aset-asetnya?

- Harakah Daily
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget