Ahli Parlimen Miri hulur sumbangan peribadinya kepada balu Muling


MIRI: Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo menghulurkan sumbangan peribadi kepada balu Muling Kanyan iaitu Munsi Banyan, 46, bagi membantu meringankan beban keluarga tersebut.

Mendiang Muling, 50, berasal dari Rumah Riang, Lapok di Tinjar, Baram meninggal dunia pada 20 November lalu setelah lama menderita terlantar sakit dan lumpuh akibat kemalangan jalan raya dialaminya tiga tahun lalu.

Mendiang Muling meninggalkan isteri (Munsi) serta enam anak berusia 22 hingga lima tahun di kediaman mereka, rumah setinggan di Kampung Sealine Lutong dekat sini.

Dr Teo yang dimaklumkan mengenai kesusahan menimpa keluarga tersebut menghulurkan sumbangan segera kepada wakil yang juga saudara terdekat keluarga mendiang, Peter Entili di kliniknya di sini kelmarin.

Turut hadir pembantu peribadi Dr Teo, Bill Kayong dan keluarga terbabit mendapatkan bantuan dan perhatian daripada wakil rakyat tersebut.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget