Reka dakwaan untuk jatuhkan Najib jejaskan Umno pada PRU14, kata Salleh

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata cubaan untuk menjatuhkan presiden Umno menerusi dakwaan yang sengaja direka-reka sudah tentu tidak selari dengan tradisi parti. 
Percubaan untuk menjatuhkan presiden Umno menerusi dakwaan yang sengaja direka-reka akan menjejaskan keseluruhan parti selain mengakibatkan Umno berdepan risiko kalah dalam pilihan raya umum, kata seorang pemimpin Umno Sabah hari ini.

Ketua Umno bahagian Kota Belud yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini sudah tentu tidak selari dengan tradisi parti.

"Jika kita ingin bercakap tentang mengekalkan tradisi parti dan tidak menjauhkan diri daripada tradisi parti, maka kita perlu melihatnya secara keseluruhan dan tidak mengambilnya sedikit demi sedikit mengikut apa yang sesuai dengan kita," katanya dalam blogny, sskeruak.blogspot.my hari ini.

Salleh berkata satu daripada tradisi parti yang dilanggari adalah mendakwa presiden mencuri RM42 bilion sedangkan ia bukanlah begitu.

Sementara itu, beliau berkata perasmian persidangan 3 sayap pada Perhimpunan Agung Umno oleh timbalan presiden parti merupakan satu tradisi dan hanyalah keistimewaan yang diberi kepada beliau.

"Ia bukan satu hak. Dan ketika hak tidak boleh diambil daripada sesiapa, keistimewaan pula perlu diperoleh. Dan keistimewaan boleh hilang jika disalahgunakan. Itu sebenar caranya," katanya.

Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuaratnya Selasa lepas memutuskan persidangan 3 sayap Umno – Wanita, Pemuda dan Puteri – akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing susulan cadangan daripada sayap terbabit.

- The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget