Keterangan Nurul Izzah dirakam dalam tempoh terdekat


KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ekoran perjumpaannya dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram baru-baru ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya telah memanggil Nurul Izzah untuk hadir sebelum ini, namun tidak dapat dipenuhi kerana kesibukan tugasnya.


“Tapi sehingga hari ini masih belum dapat bertemu dengannya kerana beliau sibuk dengan beberapa urusan.

“Kita akan sentiasa menghubunginya bagi mendapatkan tarikh sesuai untuk merakam percakapannya,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan International Conference On Human Trafficking di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini hari ini.

- Utusan Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget