'Maaf, tak boleh bersama jatuhkan BN di Sabah, S'wak'


Naib Presiden PKR dan MP Batu Tian Chua hari ini memohon maaf kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, ia bukan disebabkan dakwaan menjadi dalang kepada pertemuan Nurul Izzah dan anak perempuan kesultanan Sulu, Jacel Kiram.

Sebaliknya, katanya, permohonan maaf itu dibuat kerana tidak dapat bersama-sama rakyat negeri itu menentang Umno dan BN pada pilihan raya umum akan datang ekoran dihalang untuk memasuki negeri itu.

"Sejak dinafikan hak masuk Sarawak, sekarang Sabah pula. Saya telah diminta oleh penguasa BN untuk meminta maaf pada orang Sabah.

"Jadi saya ingin meminta maaf kepada orang Sabah kerana tidak dapat bersama-sama dengan anda semua untuk menjatuhkan Umno-BN," katanya.

Permohonan maaf itu dibuat sewaktu beliau menyampaikan ucapan penggulungan diu Kongres Nasional PKR Ke-11 di Shah Alam hari ini.

DUN Sabah sebelum ini telah meluluskan usul khas melarang Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dari memasuki Sabah.

Tian Chua juga berkata kongres itu adalah tempat pemimpin PKR memberi pandangan sekaligus mengotakan janji mereka kepada pengundi.

"Kongres ini masa untuk kita mengusulkan cadangan dan tunaikan janji kita kepada pengundi di luar," katanya.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget