Pembangunan keusahawan diberi penekanan




KUCHING: Kerajaan sentiasa memberi penekanan kepada pembangunan keusahawan sama ada di kawasan bandar atau pun luar bandar bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk.

Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais berkata, bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro, pelaksanaan program keusahawan yang meliputi latihan keusahawanan, pembanguan produk, promosi, bantuan dana dan premis adalah berasaskan kepada kekuatan dan sumber yang ada di situ seperti aktiviti berteraskan nipah (apong), penghasilan produk berasaskan ikan, perikanan, perladangan, pembuatan serta membaikpulih kapal perikanan dan aktiviti lain yang berkaitan.

"Salah satu aktiviti ekonomi yang berpotensi dibangunkan di kawasan DUN Beting Maro adalah perusahaan membuat gula apong dan unit pembangunan Usahawan Bumiputera telah menyelaras agensi-agensi seperti Jabatan Pertanian, IADA, MARDI dan FAMA dalam menyalurkan bantuan seperti peralatan serta perkakas untuk memproses gula apong, pembukusan dan pemasaran produk gula apong."

"Pada masa sekarang pihak Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera telah melantik CRAUN Research untuk menjalankan penyelidikan bagi mengkaji kaedh untuk meningkatkan pengeluaran nira serta kaedah memproses gula apong serta cuka apong," katanya lagi.

Naroden berkata demikian kepada soalan ADUN Beting Maro Ghazali Ghapor pada hari kedua Persidangan DUN Sarawak hari ini yang bertanyakan perancangan dan pelan tindakan kerjaan untuk membangun usahawan IKS Bumiputera dalam DUN Beting Maro dan samada kerajaan mempunyai cadangan untuk mmbantu pembuat perahu/bot perikanan dan perabut di Kampung Beladin?

Menyentuh mengenai cadangan untuk membantu pembuat perahu/bot perikanan pula, Naroden menyatakan kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), menyediakan Dana di bawah Skim Pinjaman Nelayan Komersil. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget