Lebuhraya Pan Borneo tingkatkan sistem perhubungan darat




KUCHING: Pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo akan mempertingkatkan lagi sistem perhubungan darat yang lebih efisien khususnya dalam menghubungkan bandar-bandar utamanya di negeri ini.

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata, pembinaan lebuhraya ini akan juga mengintegrasikan aktiviti peaburan dan sekaligus mempercepatkan pertumbuhan ekonimi di setiap bahagian.

"Rakyat amat mengalu-alukan projek ini disebabkan laluan perjalanan yang lebih pantas, selesa dan selamat serta menyumbang kepada mobiliti rakyat dan tenaga pekerja bagi menyokong perkembangan aktiviti perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan."

"Saya percaya lebuhraya ini akan menyediakan rangkaian jalanraya yang menghubungkan Sarawak, Brunei Darussalam, Sabah dan Kalimantan, Indonesia yang akan meningkatkan kerjasama serantau BIMP-EAGA khususnya dalam bidang pelaburan, perniagaan dan pelancongan."

"Kerajaan telah merancang pembangunan beberapa buah Pusat Pertumbuhan Desa, (RGC) sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan transformasi luar Bandar."

Beliau juga mengingatkan, penyediaan kemudahan asas di RGC amat diperlukan untuk menyokong aktiviti ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup penduduk luar Bandar.

"Untuk itu, penglibatan sector swasta dalam melabur di kawasan luar Bandar sebagai inisiatif untuk membangunkan peotensi ekonomi luar bandar seperti di Tanjung Manis, Bakun, Murum, Tunoh, Baram, Sematan dan Merapok."

Beliau menjelaskan langkah ini akan member impak yang positif kepada masyarakat temapatn dari segi peluang perniagaan da pekerjaan selain mentransformasikan luar bandar dan merapatkan jurang pembangunan di antara kawasan bandar dan luar bandar.

Taib berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-17 di DUN Sarawak hari ini.

Yakin akan ekonomi Sarawak akan terus berkembang meskipun berdepan dengan cabaran ekonomi global yang lembap pada masa ini, beliau berkata Sarawak mempunyai asas ekonomi yang kukuh selain kestabilan politik dan sosial.

"Ini terbukti apabila Sarawak mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak lima peratus tahun lepas dan ia merupakan pencapaian yang menggalakkan hasil amalan perancangan ekonomi dan pengurusan kewangan yang cekap."

"Di peringkat persekutuan pula, kerajaan telah menyemak dasar fiscal dan kewangan Negara dengan memperkenalkan rejim percukaian yang baharu iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST."

Tuan Yang Terutama percaya langkah-langkah yang diambil dapat menyediakan suasana ekonomi yang kondusif di sebalik kejatuhan nilai matawang ringgit dan harga petroleum global.

Tun Pehin Sri Abdul Taib merasmikan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri, DUN ke-17 di Kuching pagi tadi.
Sementara itu, Speaker DUN, Dato Amar Asfia Awang Nassar dalam pemasyhurannya berharap persidangan yang akan berlangsung selama tujuh hari itu dijalankan dengan penuh hormat dan tatatertib.

Langkah-langkah bersepadu perlu dalam usaha membendung penerokaan hutan yang tidak terkawal dan aktiviti pembalakan haram yang membawa kepada kemusnahan alam sekitar. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget