Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo



KUCHING: Pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini akan bermula kerja pembinaan dari simpang Nyabai ke simpang Bakun pada Khamis ini.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, permulaan kerja pembinaan lebuhraya tersebut yang sepanjang 43 kilometer dijangka siap pada Oktober 2017.

"Untuk lapan kilometer dari Batu 10 hingga Batu 15 di Jalan Kuching-Serian, ianya akan dinaiktarafkan dari dua lorong kepada empat lorong dan ianya akan ditenderkan pada September nanti."

"Bagi laluan baharu dua lorong dengan standard jalan R5 dari Tanjung Datu ke Sematan (dianggarkan 32.4 kilometer) dijangka dilancarkan pada September tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan kementeriannya di DUN Sarawak hari ini.

Manakala pembinaan lebuh raya itu dari Tanjung Datu ke Merapok/Sempadan Sindumin adalah sepanjang 912 kilometer," katanya sambil menambah, selebih lebuh raya itu pula akan dinaik taraf dari dua lorong kepada empat lorong yang dijangka pembinaannya pada tahun hadapan.

Beliau menjelaskan, faktor utama yang memacu pembangunan projek lebuh raya ini disebabkan jalan raya yang sedia ada tidak mencapai standard dan memberi kesan langsung kepada ekonomi negeri Sarawak.

"Sekiranya lebuh raya ini siap, ia akan memberikan kesan signifikan masa perjalanan yang dipendekkan dengan kualiti jalan yang telah dinaik taraf."

Dalam masa yang sama, Manyin juga menyatakan, kerajaan juga perihatin akan pembangunan jalan persisir pantai.

"Buat masa ini, projek jalan persisir pantai yang melibatkan kos sebanyak RM520 juta iaitu jambatan Batang Sadong (75 peratus dan dijangka siap menjelag julai 2016), jalan Kuala Balingian/Kuala Tatau (yang dijangka siap pada Oktober 2017) dan jambatan Batang Samarahan Bridge (yang dijangka siap dalam masa tiga tahun)." - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget