Lebih 100 kes pembalakan haram dikesan semenjak 2014




KUCHING: Terdapat 136 kes pembalakan haram telah disiasat pada tahun 2014 manakala bagi tahun ini, setakat 10 April 2015, 16 kes telah disiasat.

Menteri Muda Alam Sekitar Datu Haji Len Talif Salleh berkata, sepanjang tempoh berkenaan seramai 137 suspek telah ditahan untuk diambil keterangan. 

"Dari jumlah ini seramai 75 orang telah dikompoun dengan jumlah RM2.3juta," katanya sambil menambah, bagi menangani masalah pembalakan haram dalam jangka panjang, kerajaan telah dan akan mengambil beberapa tindakan.

Tindakan tersebuat ialah; menggalakkan pelesen untuk memperoleh persijilan hutan; menguatkuasakan 100% enumeration dan tree tagging; meminda Forest Ordinance dengan meningkatkan kadar denda dan hukuman sebagai "deterrent"(menakutkan/mencegah); meningkatkan kekerapan pemeriksaan fizikal di logpond, kilang pemerosesan balak dan di export point; Meningkatkan kerjasama dan kolaborasi antara agensi penguatkuasa, NGOs dan orang awam; Meningkatkan penggunaan teknologi terkini; Mewujudkan kembali Stesen Pemeriksaan Hutan (Forest Checking Station) di export point dan lokasi strategik; Mengurangkan kuota eksport kayu balak secara berperingkat; Memberhentikan pengeluaran lesen kilang dalam kawasan konsesi hutan; Mewujudkan One Stop Service Centre (OSSC) di dalam hutan untuk meningkatkan keberkesanan pengawasan dan pemantauan dan melaksanakan pentaksiran royalti di dalam kawasan lesen.

Len, yang juga merupakan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) berkata demikian kepada soalan ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi pada hari kedua Persidangan DUN Sarawak hari ini yang bertanyakan bilangan kes pemnbalakan yang telah dikesan serta rancangan kerajaan untuk memastikan gejala pembalakan haram ini ditangani sepenuhnya.

"Kerajaan baru-baru ini juga telah menubuhkan "State Task Force on Illegal Logging" yang dianggotai oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat dan pihak pelesen dalam usaha membanteras pembalakan haram."

"Pihak pelesen dan agensi penguatkuasaan juga telah mengisytiharkan komitmen mereka melalui Corporate Integrity Piedge," katanya lagi. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget