DUN Sarawak Debat Pinda RUU Perhutanan



Hukuman denda lebih berat dan penjara menanti pesalah pembalakan haram jika usul Rang Undang-Undang Perhutanan 2015 diluluskan Dewan Undangan Negeri, (DUN) Sarawak.

Pembentangan usul itu dilakukan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan didebatkan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri, (ADUN) sehingga jam 3 petang tadi.

Undang-undang sedia ada hanya menetapkan bahawa pesalah pembalakan haram didenda sebanyak RM200 untuk setiap kesalahan dan tiada hukuman penjara dikenakan.

Jika diluluskan, denda yang jauh lebih tinggi serta hukuman penjara menanti pesalah pembalakan haram yang selama bertahun-tahun mencuri dan menikmati hasil kekayaan negeri Bumi Kenyalang itu.-BNBBC

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget