Langkah pro-aktif Petronas bantu kontraktor



Bagi menggalakkan lebih ramai kontraktor di Sarawak menceburi industri minyak dan gas, pihak Petronas telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan pejabat perlesenan untuk membantu kontraktor membuat permohonan secara online.

Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan Dan Promosi) Datuk Haji Julaihi Haji Narawi berkata, semenjak membuka pejabat perlesenan di Kuching, Bintulu dan Miri, pihak petronas telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan.

"Secara keseluruhannya Pejabat Perlesenan Petronas telah menerima sebanyak 405 panggilan telefon untuk dua bulan pertama bermula 2 Februari 2015 dan telah menerima seramai 87 orang pengunjung ke pejabat perlesenan tersebut."

Beliau berkata demikian kepada soalan ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo pada hari kedua Persidangan DUN Sarawak hari ini yang bertanyakan jumlah bilangan syarikat tempatan di Sarawak telah berdaftar semenjak Pejabat Perlesenan Petronas di Kuching, Bintulu dan Sibu telah dibuka.

"Semenjak dari tarikh tersebut, sebanyak tujuh permohonana telah diterima dan kesemua permohonan tersebut masih dalam proses penilaian."

"Petronas juga telah menganjurkan seminar kerjasama Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak (MID) yang bertajuk "Business Opportunities in Sarawak Oil and Gas Industry" di 3 lokasi iaitu Kuching pada 2 Februari, Miri pada 4 Februari dan Bintulu pada 6 Februari yang lalu," katanya lagi.

"Seramai 1,039 orang kontraktor dan usahawan telah menghadiri seminar tersebut," kata Julaihi sambil menambah, Petronas juga akan menganjurkan klinik perlesenan secara berterusan di Sarawak tidak lama lagi. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget