Kelemahan pengurusan kontraktor punca kelewatan projek SMK Song II



KUCHING: Punca kelewatan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan SPermalinkong II adalah disebabkan kelemahan pengurusan oleh pihak kontraktor serta kekurangan pekerja di tapak binaan. 

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, projek pembinaan sekolah tersebut telah bermula pada 18 September 2012 dan dijadualkan siap pada 1 September 2014. 

"Walaubagaimanapun, projek itu mengalami kelewatan dan tidak dapat disiapkan mengikut jadual asal seperti yang telah ditetapkan di dalam kontrak."

"Pihak kontraktor juga menggunakan isu kegagalan cerun di sebahagian tapak binaan sebagai alasan kelewatan untuk memohon lanjutan masa."

Fatimah menegaskan, alasan ini tidak dipertimbangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana tiada Arahan Berhenti Kerja dikeluarkan kepada kontraktor.

"Permasalahan ini sering dibangkitkan dalam mesyuarat tapak serta siri lawatan oleh KPM, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan pihak kontraktor masih tidak menunjukkan sebarang kemajuan di tapak walaupun telah diberi amaran dan peringatan."

"Justeru itu, KPM telah menamatkan kontrak bersama kontraktor melalui Notis Penamatan Kerja Kontraktor bertarikh 30 Januari 2015," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Katibas Datuk Ambrose Blikau Enturan yang bertanya status pembinaan Sekolah Menengah Song II dan bila ia akan siap dan status perancangan untuk membina sekolah rendah kerajaan Ng.Musah yang baru pada hario ketiga Persidangan DUN Sarawak hari ini.

"Seterusnya, KPM akan menyerahkan perlaksanaan projek in kepada JKR Sarawak untuk pemantauan dan perlantikan kontraktor yang baharu. KPM akan mengadakan beberapa lagi siri mesyuarat bersama pihak-pihak yang terlibat untuk menyelaras serta memperhalusi proses penyerahan projek kelak."

Fatimah juga menyatakan, kerajaan menyedari keperluan untuk membina sekolah Rendah Kerajaan Ng. Musah yang baharu bagi menggantikan bangunan sekolah yang sedia ada.

"Justeru itu, JPNS telah mengemukan permohonan projek ini di dalam RMK ke-10 dan seterusnya mengangkat semula permohonan ini di dalam RMK Ke-11," tambahnya lagi. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget