ADUN BN Sarawak Harus Lebih Aktif Berintraksi



KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) khususnya ahli-ahli Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) harus lebih aktif berintraksi dan bercakap sewaktu sesi persidangan DUN.

Pengerusi BNBBC Abdullah Haji Saidol berkata, mereka (ADUN) sepatutnya lebih bersuara kerana pada masa itulah (sesi persidangan DUN) mereka berpeluang mengetengahkan masalah rakyat.

"Saya telah memberitahu rakan-rakan seperjuangan agar mereka memperbanyakkan interaksi baik di sewaktu dalam sesi persidangan DUN dan dengan pemberita."

"Di masa inilah, mereka berpeluang bertanyakan masalah rakyat secara terus dan di sini juga mereka boleh menyampaikan hasrat dan aspirasi rakyat," kata Abdullah, yang juga merupakan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri.

"Yang Amar Berhormat Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem sering mengingatkan kami (ADUN) bahawa kami telah dipilih untuk mewakili rakyat dikawasan-kawasan kami masing-masing."

"Dan oleh itu, ADUN-ADUN BN seharusnya melaksanakan tanggungjawab mereka seperti yang diamanahkan. Ini kerana setiap ADUN dipilih oleh rakyat untuk mengutarakan segala permasalahan di kawasan masing-masing," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap setiap ADUN BN dapat terus memainkan peranan masing-masing seperti yang diamanahkan kepada mereka.

Abdullah, yang juga merupakan ADUN Semop berkata demikian sewaktu ditemui Sarawakiana di hari kedua Persidangan DUN Sarawak sebentar tadi. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget