Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke 17 mula penuh istiadat



KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud hadir menyempurnakan Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17, di Dataran Perbarisan DUN di sini, semalam.

Ketibaan beliau dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Ragad Kurdi Taib tepat jam 9.30 pagi disambut oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu serta Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri, Datin Amar Fatimah Iskandar.

Ketibaan Tun Taib turut disambut dengan Kawalan Kehormatan Utama yang mempersembahkan Hormat Diraja, diikuti lagu Ibu Pertiwiku.

Tun Taib kemudiannya memeriksa kawalan kehormatan diiringi Pegawai Pemerintah Perbarisan.

Setelah itu, beliau kembali ke Pentas Khas dan bacaan doa dilakukan oleh Imam Besar Negeri Datuk Jorji Suhaili.

Selesai bacaan doa, barisan kawalan kehormatan mempersembahkan Hormat Diraja dan Lagu Negaraku serta Ibu Pertiwiku dimainkan.

Sejurus kemudian, beliau dan isteri berangkat meninggalkan Dataran Perbarisan ke Dewan Sri Sarawak, Aras 2 DUN.

Pada jam 10.15 pagi, Loceng Istiadat DUN dibunyikan dan Bentara Mesyuarat berseru sebelum bacaan doa dan bacaan Perisytiharan Persidangan oleh Setiausaha DUN di Dewan Mesyuarat, Aras 8.

Selepas Tun Taib menyampaikan ucapan pembukaan persidangannya, beliau berangkat meninggalkan dewan ke Atrium di Aras 2 bagi Majlis Jamuan Tengah Hari.

Setelah selesai jamuan, Tun Taib bersama ahli-ahli Yang Berhormat berkumpul di Pintu Utama untuk sesi bergambar.

Upacara tamat kira-kira jam 1 petang dengan menyaksikan Tun Taib dan isteri berangkat pulang.-UB

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget