Perhimpunan referendum S4S tidak relevan



KUCHING: Tindakan kumpulan Sarawak 4 Sarawakians (S4S) mengadakan perhimpunan menuntut referendum di Tebingan Kuching di seberang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada majlis perasmian sidang DUN pagi tadi tidak relevan dan siknifikan.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Abdullah Haji Saidol berkata, tindakan yang tidak relevan yang dilakukan oleh sesetengah pihak ini hanya boleh memburukkan hubungan antara kerajaan negeri dan pusat.

"Semua pihak atau organisasi di negeri ini seharusnya menyokong tindakan Ketua Menteri dalam memperjuangkan hak rakyat mengikut perlembagaan dan bukannya bertindak tanpa haluan."

Abdullah menerangkan, beliau menyatakan tindakan S4S tersebut sebagai "tidak relevan dan siknifikan" adalah kerana jika ditanya kepada mereka yang datang berhimpun tersebut seramai 17 atau 20 orang, "apa yang sebenarnya yang mereka perjuangkan itu?" pastinya mereka memberi 17 atau 20 jawapan yang berlainan.

"Secara jujurnya, saya sendiri tidak tahu apa yang mereka maksudkan berjuang untuk hak kita kerana secara amnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem menegaskan rakyat Sarawak berpegang kepada perlembagaan sebab itulah kita menuntut kenaikan royalti 20 peratus dan sebagainya."

"Dan kita tidak mahu menuntut hak kita diluar perlembagaan itu dulu sebab kita merasakan hubungan kita (kerajaan negeri) dengan kerajaan persekutuan harus dirapatkan namun, dalam pada itu kita tegas tentang hak kita," jelasnya lagi.

Abdullah, yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri selepas menghadiri Majlis Perasmian Persidangan DUN Sarawak di DUN Sarawak, Petra Jaya di sini pagi tadi.

"Sebaiknya, mereka (S4S) patut menyokong tindakan ketua menteri yang baru-baru ini menuntut geran tambahan RM500 juta dari kerajaan persekutuan untuk pembnagunan luar bandar yang memberi manfaat kepada rakyat."

Sebelum ini, S4S menerusi media sosial sejak dua minggu yang lalu telah menwar-warkan perhimpunan ini mengajak ahli-ahli mereka untuk menghadiri acara tersebut.

Sasaran S4S ialah seramai 100 orang untuk menghadiri perhimpunan berkenaan namun sambutan yang diterima begitu hambar kerana hanya kurang dari 20 orang peserta yang hadir membawa sepanduk menuntut referendum dan S4S.

Biarpun jeritan suara peserta-peserta dapat didengari secara sayup-sayup namun ianya tidak mengganggu perjalanan Majlis Perasmian Persidangan DUN Sarawak yang diadakan. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget