Masyarakat bekerjasama mempromosi program kesedaran kesihatan



KUCHING: Masyarakat seharusnya bersama agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan bertanggungjawab dalam mempromosikan program kesedaran kesihatan dan gaya hidup sihat.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata, penularan penyakit berjangkit serta penyakit tdak berjangkit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis perlu diberi perhatian serius oleh rakyat kerana masyarakat sihat merupakan tonggak kemajuan negeri dan negara amnya.

"Saya berharap pihak berwajib dapat meningkatkan kawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak sihat seperti jenayah, masalah soial serta dadah khususnya di kalangan belia."

"Ianya amat penting agar ia tidak menjadi halangan dalam usaha membangunkan modal insan negeri ini," katanya lagi.

Tun Pehin Sri Haji Taib berucap pada perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-17 di Kuching hari ini.

Istiadat pembukaan dirasmikan tersebut dirasmikan beliau di Dataran Perbarisan, Kompleks Dewan Undangan Negeri.

Pada masa sama, Taib juga mengingatkan agar perhubungan institusi kekeluargaan diperkukuhkan dalam melahirkan masyarakat penyayang dan lebih bertanggungjawab.

Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-17 secara rasminya dibuka hari ini. 

Istiadat pembukaan dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dataran Perbarisan, Kompleks Dewan Undangan Negeri. 

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, Speaker DUN, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nasar dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman. 

Upacara pembukaan yang dirasmikan tepat jam 9.40 pagi itu dimulakan dengan nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku iringan Pasukan Pancaragam Polis Diraja Malaysia, PDRM diketuai oleh Inspektor Hamkar Sulaiman. 

Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib kemudiannya memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada pasukan kawalan kehormat seramai 105 pegawai dan anggota dari Batalion Ke-11 Pasukan Gerakan Am yang diketuai oleh DSP Micheal Kilab dibantu oleh ASP Abdul Halim Saudi.

Turut hadir pada istiadat pembukaan itu ialah Toh Puan Ragad Kurdi Taib, Menteri dan Menteri Muda Kabinet Negeri serta Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget